HARUMANIS PERLIS
Sejarah Harum Manis di Perlis

HARUMANIS PERLIS
Sejarah Harum Manis di Perlis
1.
Di dalam Rancangan Malaysia Kedua ( 1971 – 1975 ) klon mempelam
Harumanis ( MA 128 ) telah diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri
Perlis melalui Program Subsidi Input Dan Mempelbagaikan Tanaman (
Rancangan AID ) di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan melalui
Program Bantuan Kampung di bawah peruntukan Kerajaan Negeri.
2.
Rancangan AID bermatlamat untuk menambah pendapatan petani-petani
dimana petani-petani yang mempunyai tanah pertanian dengan keluasan
minima seluas 0.07 ha ( 0.25 relong ) adalah layak menyertai program
ini. Program Bantuan Kampung pula bermatlamat untuk pengeluaran sara
diri dimana program ini menumpukan tanaman mempelam keliling rumah.
Bagi kedua-kedua program ini tanaman mempelam harumanis diutamakan.
3.
Mulai tahun 1979 hingga tahun 1982 , Projek Baik Pulih Dusun telah
dipelkenalkan. Pendekatan projek ini ialah pembangunan tanah pertanian
mengikut kampong dimana pokok-pokok yang tidak memberi pulangan ekonomi
ditebang dan digantikan dengan tanaman buah-buahan dengan tumpuan
tanaman mempelam harumanis. Tanah yang dibangunkan melibatkan kawasan
dikeliling rumah dan lot-lot tanah di dalam kawasan kampong yang
dipilih. Antara Projek Baik Pulih Dusun tanaman mempelam harumanis
ialah di kampong Santan, Padang Pauh, Perlis.
4.
Pembangunan tanaman mempelam harumanis lebih digiatkan mulai tahun
1983 di bawah pengurusan perladangan secara berkelompok dengan
pembukaan kawasan baru melibatkan kawasan hutan, belukar dan tanah
terbiar. Antara projek perladangan berkelompok yang dilaksanakan ialah
Projek Kelompok Paya Kelubi dan Projek Kelompok Bukit Kedak.
5.
Bagi menyokong pembangunan industri harumanis, Jabatan Pertanian telah
membuka ladang mempelam harumanis sendiri di Kompleks Pertanian Bukit
Temiang dan di Pusat Pertanian Bukit Bintang sebagai ladang demonstrasi
tanaman mempelam harumanis negeri Perlis dan sebagai pusat rujukan
teknologi mempelam harumanis.
6.
Apabila Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Negeri Perlis ( IADP )
mula dilaksanakan di negeri Perlis pada tahun 1986 hingga Oktober 1993,
salah satu program utama projek IADP Perlis ialah Pembangunan Kawasan
Pertanian Dengan Tanaman Buah-Buahan dimana mempelam harumanis diberi
tumpuan dengan peruntukan yang besar melibatkan pembangunan kawasan
projek termasuk kemudahan prasarana ladang seperti sistem pengairan,
jalan ladang, perparitan, pusat pengumpulan ladang/pusat projek dan
prasarana pasaran serta promosi pasaran harumanis. Penekanan pengurusan
projek secara mini estet dan perladangan secara berkelompok.
7.
Di bawah projek IADP Perlis keluasan tanaman mempelam harumanis telah
mencapai kira-kira 1,200 ha pada tahun 1990 menjadikan keluasan
mempelam negeri Perlis seluas 1,667 ha.
8.
Pada tahun 2006, keluasan harumanis menurun kepada kira-kira 150 ha.
Masalah utama menyebabkan pokok-pokok harumanis diserang musuh dan
penyakit dan kebun ditinggal terbiar disebabkan sikap
pengusaha-pengusaha sendiri yang tidak mengurus ladang mereka dengan
sempurna dan tidak sanggup mengeluar modal secukupnya.
9.
Mulai tahun 2007, Jabatan Pertanian menggiatkan pembangunan industri
harumanis dengan meningkatkan khidmat pengembangan di bawah Program
Gema Harumanis 2007 dan melalui lawatan khidmat nasihat pegawai
pengembangan secara berjadual. Sehingga akhir tahun 2010 seluas 257.9
ha tanaman mempelam harumanis telah berjaya dibangunkan.
10.
Jabatan Petanian telah mengatur strategi dan kaedah pelaksanaan untuk
memesatkan lagi Pembangunan Industri Mempelam Harumanis dengan
membangunkan tanah-tanah terbiar di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan
mulai tahun 2008 dan Projek Kawasan Pembangunan Tumpuan Pertanian
(ACDA) mulai tahun 2009. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian
telah melaksanakan Projek Desa Harumanis mulai tahun 2010. Di bawah
projek tersebut tanah-tanah kampung disekeliling rumah akan dibangun
secara optima dengan menggalakkan petani-petani menanam mempelam
harumanis mulai tahun 2010 untuk menambah pendapatan mereka dan
kegunaan sendiri. Empat buah kampung dirancang pada setiap tahun.
11.
Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan Negeri telah
meluluskan peruntukan yang besar kepada Jabatan Pertanian sebanyak RM
1.8 juta setahun berjumlah RM 9 juta. Adalah disasarkan seluas 1,000 ha
tanaman baru harumanis akan dibangunkan menjelang tahun 2015 dengan
purata 200 ha setahun.
Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Tentang harumanis..
Harum Manis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Ia termasuk dalam keluarga mempelam atau nama saintifiknya Mangifera indica Linn. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.
Selain
boleh dimakan begitu sahaja, ia juga sesuai dimakan bersama pulut.
Harum Manis yang dihidang bersama pulut merupakan salah satu sajian
tradisi di negeri ini. Ia juga enak dinikmati dalam bentuk jus atau
jem.
Harum Manis memang menjadi rebutan. Harum Manis adalah sejenis buah bermusim. Ia hanya berbuah dan dijual ketika tiba musimnya. Musim Harum Manis adalah sekitar bulan April hingga Jun.
Ramai individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan
ketika musim Harum Manis untuk menikmati keenakan serta hasil
jualannya.
Mangga
mengandungi serat sebanyak 1,6 gram per 100 gram bahan. Selain itu,
mangga mengandung vitamin A, pektin, dan fruktosa. Kandungan gizi dalam
mangga bermanfaat untuk menguatkan jaringan tubuh, meningkatkan daya
tahan tubuh, mengurangi dehidrasi, melancarkan saluran pencernaan, dan
mencegah sembelit. Selain itu, zat gizi dalam mangga juga digunakan
untuk terapi kecantikan dan berfungsi sebagai anti kanser.
Copy from..
http://harummanis.webs.com/infoharummanis.htm
Copy from..
http://harummanis.webs.com/infoharummanis.htm
No comments:
Post a Comment