SILAP ANDAIAN
DAGING
kambing dikatakan sebagai panas, mereka yang menghidap penyakit tekanan
darah tinggi mungkin tidak mahu mengambil daging kambing kerana percaya
ia akan meningkatkan tekanan darah.
Namun
pandangan ini disanggah pakar bioteknologi pembiakan, Prof Dr Ramli
Abdullah yang mana katanya, kadar lemak kambing hampir sama dengan ayam
iaitu kira-kira tiga peratus.
Apa yang berlaku ialah mereka mungkin mengambil daging kambing biri-biri kerana berbanding kambing, peratus lemak dalam biri-biri ialah sebanyak 16 peratus.
Apa yang berlaku ialah mereka mungkin mengambil daging kambing biri-biri kerana berbanding kambing, peratus lemak dalam biri-biri ialah sebanyak 16 peratus.
Bagi
100 gram daging kambing yang dipanggang ia mengandungi 143 kalori, 27
gram protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium
dan 75 miligram kolestrol.

Secara perbandingan, bagi setiap 85 gram daging kambing yang dimasak ia mengandungi 2.58 gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri yang mengandungi 16 gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu.
Kata
Prof Ramli, ini jelas menunjukkan kadar lemak dan kolestrol pada daging
kambing kurang daripada biri-biri dan lembu. Malah, sebuah universiti
di New York juga menjalankan kajian yang mana daging kambing diberikan
kepada penghidap penyakit kardiovaskular.
Mengenai
panas, sememangnya daging kambing panas dan kerana itu penduduk di
negeri China gemar mengambil daging kambing pada musim sejuk kerana ia
dapat memanaskan badan.
Persepsi makan daging
kambing boleh meningkatkan tekanan darah sudah lama di kalangan
masyarakat kita dan apa yang berlaku, faktor psikologi yang mungkin
meningkatkan tekanan darah seseorang.
PUNCA PENYAKIT
Salah
satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit
darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti
berikut;
1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan
seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung
dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4.
Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa,
perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan
sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi
daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok
lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning
telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang
terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium(garam pengawit)
seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C
seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba
slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus
oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging
kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali
daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan
seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol
tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi
Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya
ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh
menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu,
kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang
bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin
C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan
mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia
diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya
terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
Sodium
(sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk
menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus.
Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu
memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa
makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol
tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan
sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
PENCEGAH PENYAKIT DARAH TINGGI DAN OBESITI
Kolestrol
kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit
darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar
dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.
Pesakit
darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala
penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening. Walaupun
daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi
pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran
penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai
terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah
tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk
mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol
yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah
permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah
obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan
mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami
pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol
kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan
dalam badan.
Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
MENCANTIKKAN KULIT
Dalam
daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak
teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan
ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan
dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan
protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di
bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel
kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit
kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.
Vitamin
C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit
daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
MENINGKATKAN RASA KASIH SAYANG DAN KEGEMBIRAAN
Sistem
darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus
berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan
memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan
kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol
daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang
lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar
pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang
mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan
perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
SUSU KAMBING SEBAGAI MINUMAN
Minuman
susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing.
Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk
kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu
ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim,
keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan
berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka,
sabun, pewangi dan juga krim pencukur.
MENGAPA SUSU KAMBING MENJADI PILIHAN?
Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi. Walaupun ada unta, mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?
Sifat
kambing yang suka berpecah dari kumpulan, memerlukan kesabaran kepada
penternaknya. Begitulah para rasul yang sebahagian besar dari mereka
adalah penternak kambing. Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada
seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.
Kambing
suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang
disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya,
memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.
Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.
Menternak kambing
mengajar rasa tawaduk. Para nabi tidak menternak unta walau[un ia lebih
besar dan lebih bernilai berbanding kambing.
Nabi SAW pernah menyebut, "Ternaklah kambing kerana padanya ada barakah atau keberkatan”.
Nabi
SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada
Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi
kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di
kampung yang baik akhlaknya.
Susu kambing boleh
meningkatkan IQ dan EQ. Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang
ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.
Susu
kambing hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Ia boleh menjadi susu
alternatif jika ibu tidak dapat menyusui. Susu kambing boleh dijadikan
sebagai supplement, tetapi BUKAN menggantikan susu ibu. Kadar lemak,
protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air
yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan
menghasilkan susu awal ibu (ibu susu). Semua peringkat anak-anak, remaja
dan orang dewasa dianjurkan meminum susu kambing.
Susu
kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia. Bagi orang
dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan
penyakit undigestable food (sembelit). Ia mempunyai kalori yang tinggi.
Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.
Susu
kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya tidak akan
hilang berbanding susu-susu ternakan lain seperti lembu. Susu kambing
yang baru diperah tidak berbau hamis atau hanyir dan sangat sedap. Jika
berbau hamis, masukkan sedikit halia atau daun palas supaya tidak
berbau.
KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
Kaya
dengan protin, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-arthritis
(inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan
bahawa susu kambing boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit,
gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer. Ia mudah dihadam kerana zarah
lemaknya lebih kecil.
KHASIAT SUSU KAMBING
Susu
kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan
susu lembu. Para penternak serta penggemar susu kambing bersepakat
mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya dalam menyembuh serta
mencegah penyakit seperti
1. Penyakit demam kuning.
2. Penyakit lemah jantung.
3. Penyakit darah tinggi / pening-pening.
4. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
5. Penyakit batuk kering.
6. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
7. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
8. Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
9. Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Saya ambil dari laman web =
http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/217-kambing.html.. :)
No comments:
Post a Comment