Tuesday, July 2, 2013

Penjagaan yang betul terhadap haiwan..;)

DRUG DAN VAKSIN
 
Amalan Baik Penggunaan Drug dan Vaksin Pada Haiwan.
Dapatkan Khidmat Nasihat Daripada Doktor Veterinar Untuk Penggunaan Drug/Veksin Yang Betul
Penyalahgunaan antibiotik memudaratkan kesihatan haiwan dan manusia
Pemantauan JPV
JPV memantau penggunaan drug dan vaksin di dua peringkat:
  1. Premis haiwan (ladang ternakan, kedai penjual haiwan, klinik veterinar, kilang makanan).
  2. Mengambil sampel produk ternakan di rumah sembelih, logi pemprosesan makanan dan pasar untuk mengesan sisa drug di dalam produk makanan.

"Penyalahgunaan dan penggunaan drug/veksin yang tidak betul boleh dikenakan tindakan undang-undang."

Sebarang pertanyaan/aduan/informasi berhubung masalah ubat dan vaksin veterinar,
sila hubungi Pusat Aduan Veterinar berikut:
Ibu pejabat :
03-8870 2000 / 2105 / 2102 /2099.
Zon Utara
(Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak)
04-720 5200
Zon Tengah
(Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan)
03-5510 4742 atau 5510 3900
Zon Selatan
(Johor, Melaka)
07-228 2852 / 51
Zon Timur
(Kelantan, Terengganu, Pahang)
09-755 4101
Drug Veterinar
Drug Veterinar adalah ubat-ubat yang digunkan untuk merawat penyakit pada haiwan (contoh: ANTIBIOTIK DAN ANTIPARASIT )
Terdapat berbagai jenis ubat, setiap satu digunakan untuik merawat penyakit tertentu.
Ada juga drug yang dilarang digunakan pada haiwan seperti chlorampenicol, nittrofuran dan beta-agonist.
Vaksin
Vaksin adalah bahan biologik yang disuntik pada haiwan untuk melindungi haiwan daripada penyakit.
Cara Pengunaan Yang Betul
Drug seperti antibiotic dan ubat psikotropik mesti dipreskripsikan atau digunakan oleh doktor veterinar sahaja.
  • Drug dan vaksin juga perlu disimpan (e.g. suhu bilik atau peti sejuk atau tempat gelap) dan digunakan (dari segi cara, dis, masa dan tempoh pemberian) dengan baik mengikut arahan pada label atau arahan doktor veterinar supaya ianya berkesan.
  • Pengunaan drug pada ternakan yang menghasilkan daging, susu dan telur mesti mematuhi "withdrawl period"
Penyalahgunaan (Abuse) Drug dan Vaksin
  • Pengunaan drug tanpa preskripsi.
  • Pengunaan drug/vaksin tiada berdaftar.
  • Pengunaan drug/vaksin terlarang.
  • Pengunaan drug tidak mematuhi "withddrawl period"
Pengunaan Tidak Betul (Misuse) Drug dan Vaksin
  • Pengunaan drug/vaksin tanpa mematuhi arahan seperti melebihi dos atau tempoh pengunaan.
  • Pengunaan drug/veksin yang melepasi tarikh luput.
  • Menggunakan drug/vaksin yang salah.
Akibat Penyalahgunaan/Pengunaan Tidak Betul.
  • Penggunaan drug (antibiotik) secara berleluasa dan tidak betul mengakibatkan kuman menjadi kebal pada drug (drug resistance) khasnya antibiotik.
  • Penggunaan drug tanpa mematuhi arahan "withddrawl period" mengakibatkan peninggalan sisa drug dalam daging, susu dan telur yang mendatangkan kesan buruk pada manusia yang memakan produk tersebut.
  • Penggunaan drug/veksin yang salah atau tidak didaftar atau luput tarikh atau dengan dos rendah mengakibatkan drug/veksin tidak berkesan terhadap penyakit dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada haiwan.
     
  • Dari laman web
    -http://www.dvssel.gov.my/cms/index.php?pt=1092

No comments:

Post a Comment